Tadika Islam At-Taufiqiah lahir setelah tertubuhnya sebuah Persatuan yang dikenali ketika itu sebagai "Persatuan Kebajikan Am Islam,Wilayah Cochrane ".Terletak dipersimpangan antara Jalan Menteri dan Lorong Laxamana , iaitu ditengah-tengah satu kawasan perumahan bagi kakitangan kerajaan, dan jaraknya dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur hanya lebih kurang 2 kilometer sahaja.
Usaha mendirikan Madrasah At-Taufiqiah telah dirancang oleh persatuan ini dan telah mendapat sambutan dari penduduk setempat dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI ) .Tanah seluas setengah ekar ini telah diluluskan oleh Kerajaan atas nama Hakmilik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selnagor (Waktu itu wilayah persekutuan belum di tubuhkan lagi )
Tadika Islam At-Taufiqiah beroperasi didalam satu bangunan , ditubuhkan pada 1 hb Julai 1970 dan diberi nama pada awalnya "Kelas Bimbingan Kanak-kanak ". Malang tidak berbau Madrasah At-Taufiqiah yang sudah dikenali ramai, pada 18 hb Januari 1981 telah musnah dijilat api atas sebab litar pintas. Namun Atas keperihatinan penduduk setempat dan bantuan JAWI bangunan baru telah siap dibina pada bulan Ogos 1985.
Pada awalnya kelas bimbingan ini dibimbing oleh guru-guru yang mengajar di SRA ,atas permintaan persatuan seorang guru khas dari Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dihantar, lalu mengambil alih kelas bimbingan ini. pada awalnya kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun seramai 25 orang dan matapelajaran yang diajar ialah Pengetahuan Agama Islam , Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik , Seni Lukis,Tulisan Jawi dan Nyayian yang berunsur keagamaan.Waktu pembelajarannya ialah 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Walaupun banyak tadika pra sekolah telah dibuka dikawasan Cochrane . Tadika Islam At-Taufiqiah masih beroperasi seperti biasa, ini kerana memandang betapa pentingnya pendidikan Awal Kanak-kanak didedahkan kepada pendidikan Islam .
Namun pada tanggal keramat 2 hb Januari 2009 , semua Tadika Islam di Wilayah Persekutuan telah diiktiraf kerajaan dan pentadbirannya disusun oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP ) .
Tadika Islam At-Taufiqiah mempunyai seorang pengerusi sebagai penasihat, 55 orang pelajar 5 dan 6 tahun , seorang ketua guru , 2 orang guru dan seorang pembantu. matapelajaran yang diajar ialah Muqaddam , Komponen Kerohanian dan Moral , Komponen Bahasa & Komunikasi, Komponen Kognitif, Komponen Sosioemosi , Komponen Kretiviti & Estetika dan Komponen Perkembangan Fizikal. waktu pembelajarannya ialah 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. waktu bertugas guru-guru pula dari jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang ( hari Isnin dan Khamis )
8.00 pagi hingga 1.00 petang ( hari jumaat sahaja ) .
Guru-guru memainkan peranan yang besar dalam meghasilkan generasi yang berpendidikan , berkemahiran, berbudaya ilmu , bertakwa dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara bagi membawa negara kehadapan pada tahap pencapaian setanding dengan bangsa-bangsa maju. Bagi merealisasikan Visi Tadika celik Al-Quran dan berkeperibadian mulia , harapan dan hasrat moga Tadika Islam At-taufiqiah ini terus berkembang dari masa kesemasa mencurahkan baktinya pada penduduk setempat khasnya dimasa hadapan. InsyaAllah. Amin.
Ucapan jutaan terimakasih kepada orang yang telah banyak membantu memberikan maklumat yang terperinci sehingga dapatlah dikenali sejarah penubuhannya, kepada pengerusi Tadika At-Taufiqiah yang banyak memberikan nasihat, perangsang dan idea, pengerusi surau At-Taufiqiah dan guru-guru Tadika Islam At-Taufiqiah yang banyak mambantu bersama-sama menyumbangkan ilmu dan tenaga tanpa mengira penat lelah,semoga Allah yang membalasnya.
Pengerusi Tadika
Hj Abu Samah B. Mohd Said
Baitul Rahmat
Lot 10 ,
Lorong Air Bersih 5
Setapak 53200 .K.L.
Tel : 013 3486282
Encik Hj Alias Bin Hassan
Yang Di Pertua
Persatuan Kebajikan Islam
Madrasah At-Taufiqiah
35 Jalan Wira 5
Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 92855036
Disusun oleh :
Nor Aini Binti Shafiai
Ketua Guru
Tadika Islam At-Taufiqiah ( MAIWP )
Jalan Menteri 55100 Cheras
Kuala Lumpur.
Tel : 03 92838740
Wednesday, October 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment